Green in my life


It's when you start to know someone
Ahad, 29 Disember 2013 . 0 word(s) .


"When you start to know someone, all their physical characteristics start to disappear. You begin to dwell in their energy, recognize the scent of their skin. You see only the essence of the person, not the shell. That’s why you can’t fall in love with beauty. You can lust after it, be infatuated by it, want to own it. You can love it with your eyes and your body but not your heart. And that’s why, when you really connect with a person’s inner self, any physical imperfections disappear, become irrelevant."


Thanks for reading


Duhai Sahabat ku :')
Ahad, 6 Oktober 2013 . 0 word(s) .

wahai sahabat sahabatku,
maafkan sekiranya cara ini terlalu direct buat mu,
namun aku terpaksa jua kerana ini merupakan amanahku,
bukan aku sahaja, namun dirimu jua,
bukan dirimu dan diriku sahaja, namun seluruh umat Islam,
aku ini khuatir andai diri ini masih lagi jauh denganNYA,
aku hanya mampu berdoa diberi kekuatan untuk terus beristiqamah,
walaupun diperli, diketawakan, diherdik, ditanya berjuta soalan,
ya, aku hanya mampu berdoa diberi kekuatan.
sahabatku,
terus terang ku katakan, aku tidak layak untuk mengatakan ini kepadamu,
namun aku PERLU,
sahabatku,
peliharalah auratmu sebagaimana yang kau katakan,
"I love my day and my brothers",
sahabatku,
peliharalah hubunganmu dengan Penciptamu sebagaiman yang kau katakan,
"My religion is Islam"
sahabatku,
peliharalah dirimu dari fitnah dajjal dan fitnah manusia :')
Diri ini memang terkadang tersungkur, terkadang tergelincir, namun bangkitlah
wahai sayang sayangku sekalian,
berubahlah sayang sayangku,
ingatlah,
ALLAH SWT SEDANG MENANTIMU,
tidak pernah sekalipun DIA berpaling darimu,
cuma DIA hanya minta satu,
beriman la kepadaNYA dan RasulNYA dan jadikan kalamNYA sebagai penghubung di antara kalian,

sahabatku,
aku terlalu sayang akan dirimu,
berubahlah wahai sayangku,
jadikan dirimu bak permata yang paling mahal di dunia,
jadikan dirimu bagai mencari sehelai rambut di dalam dedaun pokok,
jadikan Al-Quran itu sebagai surat cintamu,
mulanya terus terang ku katakan,
hijrah ini agak susah kerana ingat setiap hijrah itu perlukan pengorbanan,
kalau nak exams kita boleh berkorban tak tengok tv, tak on FB, tak keluar outing,
tapi sahabatku,mengapa tidak pada jalan ALLAH SWT?
Allah swt itu menantimu kembali kepadaNYA,
dan untuk sampai kepadaNYA memang mencabar kerana Iblis itu tidak suka melihat salah seorang "saudaranya" kembali kepada Allah swt,
namun ingatlah sahabatku sayang, Allah sedang menantimu,
Allah itu penolongmu, serahkanlah hatimu kepadaNYA,
in shaa Allah, dijaga olehNYA dengan rapi sampai suatu saat nanti akan DIA serahkan kepada orang yang turut memberikan hati mereka kepadaNYA,
sahabatku,
Diri ini juga belum sempurna,
namun ini peringatan buatmu dan juga diriku sendiri,
Aku tidak mahu kita merangkak ke syurgaNYA,
aku mahu kita sama sama berlari,
untuk capai ke tahap itu , aku tahu ianya susah,
namun, aku percaya,
ALLAH SWT itu Maha Penyayang,
aku juga sepertimu dahulu,
TERGELINCIR di dalam jurang jurang yang silap,
mungkin terlalu awal untuk aku meng-post mengenai ini,
namun ketahuilah,
"Sahabat itu saling menguatkan",
Jangan risau sahabatku, dalam penghijrahan itu,
kamu tidak akan keseorangan,
Allah swt tahu kekadang kita perlukan teman, lalu
DIA hantar kita orang yang baik baik,
sebagai satu guideline kita untuk menjadi lebih baik,
sahabatku,
Islam mengajar apabila melihat pelaku maksiat, kita tidak boleh menghina kerana hidayah itu milik ALLAH swt, Allah swt tahu apa yang terbaik buat dirimu, perlahan lahan dirimu akan sedar,
"Ya Allah, jauhnya aku denganMU  "
dan waktu itu mana tahu dirimu akan menjadi lebih baik dariku dan sahabat yang lain di luar sana,
sahabatku,
cuma satu pesananku,
ingat,
jadikan Allah swt itu yang satu,
cintai Rasulullah,
Al-Quran surat cintaMU,
dan
andai dirimu perlukan diri ini menemanimu dalam perjuanganmu, aku volunteer
kerana sahabat itu saling menguatkan

Ya Allah, lindungilah ukhwah yang kami bina ini dengan payung rahmat dari ILLAHI
oh Allah, terima kasih :')

Assalamualaikum,
jaga diri, jaga iman, jaga segalanya.



Thanks for reading


Peringatan buat diri sendiri.
Sabtu, 28 September 2013 . 0 word(s) .

sangka baik , buang sifat dendam dan benci ...
buang sifat yg suka mencari kesalahan org lain
bila hati sudah mempunyai titik hitam kerana benci
maka sayang lh iman yg ada di hati walaupun
ia mampu membaca al quran dan mentafsirnya ..

‪#‎wangi‬ mulut bila berbicara perkara baik

#wangi mulut bila menyampaikan sesuatu yg bermanfaat asalkan tidak menyakiti atau merendahkan org lain

#wangi mulut bila selalu berzikir dan membaca al quram
dan bukan menunjuk nunjuk

#wangi mulut bila selalu rajin mengambil wudhu ketika berkumur kumur

#wangi mulut bila mulut banyak untuk Allah swt

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Orang laki-laki yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala lagi suka bertengkar.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan sifat-sifat ini adalah sifat penghuni neraka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”
(Surah al-A’raf: ayat 16-17)

Sabda Nabi SAW maksudnya: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Jangan terlalu banyak berbicara selain menyebut Allah. Sebab mereka yang banyak berbicara selain menyebut Allah akan mengeraskan hati. Sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah ialah pemilik hati yang keras."
(Hadis Riwayat Tirmizi daripada Ibnu Umar)

Penyakit rohani itu banyak macam. Dalam satu hadis dijelaskan Rasulullah s.a.w sebagai berikut:

"Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh suatu penyakit umat. Para sahabat bertanya: Apakah panyakit umat itu? Nabi menjawab: Kufur nikmat, sombong, tamak, berlumba-lumba, benci, dengki sehingga melampaui batas (berlaku kejam) dan kemudian bunuh membunuh."



Thanks for reading


SABAR ITU IBU SEGALA AKHLAK

orang yg sabar adalah orang yg selalu memaafkan
orang lain walaupun sia mampu membalasnya ..

Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran bahawa:

Sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil.

Sabar adalah taman kesejukan di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya.

Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji.

Dengan sabar, hati begitu optimis, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan
(untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"
(Al-Baqarah 2:153)

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)".
(A-li'Imraan 3:200 )

"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim". (Yunus 10:109)

"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan".
(Hud 11:115)

"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan".
(Al-Nahl 16:127)

".... dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa". (Al-Baqarah 2:177)

Kesabaran merupakan sesuatu yang perlu diusahakan dan dilatih secara optimum.(bersungguh-sungguh). Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "…barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…" (HR. Bukhari)

Kesabaran merupakan anugerah Allah yang paling baik. Rasulullah mengatakan, "…dan tidaklah seseorang itu diberi sesuatu yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran." (HR Bukhari dan Muslim)

Kesabaran merupakan salah satu sifat sekaligus ciri orang mukmin, sebagaimana hadis yang terdapat pada muqadimah;

"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya." (HR. Muslim)



Thanks for reading


BERSANGKA BAIK A.K.A HUSNUDZON


Thanks for reading


10 PERMINTAAN SYAITAN KEPADA ALLAH SWT

10 PERMINTAAN SYAITAN KEPADA ALLAH

Rasulullah sedang berbicara kepada Iblis dan bertanya apa sahaja permintaan Iblis yang sampai saat ini dikabulkan Allah SWT. Ada 10 permintaan Iblis yang dikabulkan Allah.

Nabi Muhammad s.a.w : Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?

Iblis Laknatullah : 10 macam

Nabi Muhammad s.a.w : Apa sahaja?

Iblis Laknatullah : Pertama aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Kedua, Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka Iblis ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada Iblis.

Ketiga, Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Keempat, Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

Kelima, Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Keenam, Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

Ketujuh, Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Kedelapan, Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).

Kesembilan, Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Kesepuluh, dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “Silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai Muhammad, aku tidak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikkan dan menggoda. Jika aku boleh menyesatkan, tidak akan tersisa walau seorangpun!

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tidak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :

“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119)

“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata:

“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tidak berbohong.”

salah satu syaitan yang akan berada ketika wanita dan lelaki bersendiria al a'war

Tugasan anak syaitan bernama AL-A'WAR

Al-A'war ialah anak syaitan yang kedua ini picing matanya sebelah atau lebih tepat lagi erti Al-Awar itu buta sebelah matanya. Tugasnya pula menyebarkan perzinaan dan perbuatan nista dan keji. Apabila seseorang itu
telah dibisikkan supaya masuk kedalam penzinaan,susah hendak
keluar balik. Sama ada perempuan,lelaki yang masih bujang mahupun sudah bersuami atau
beristeri. Sesiapa yang terbabit itu memanglah sesuai dikatakan buta sebelah matanya
seperti Al-Awar. Seorang suami yang mempunyai isteri yang cantik boleh ditipu oleh Al-Awar sehingga suami itu menjadi tertarik kepada orang gaji mereka yang tidak secantik isterinya. Begitu juga yang brelaku kepada isteri yang mempunyai suami yang gagah didalam aspek batin akan tertarik kepada pemandu dan tukang kebun lantaran bisikan Al-Awar. Dihiasi dengan kebaikan, keseronokan apabila melakukan perzinaan .

Awas yer anak-anak setan ni sangat aktif sekarang ni. Ramai dari remaja kita ditipunya

Dalam surah Yasin yang lazim dibaca, terdapat sebuah ayat dimana Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,
supaya kamu jangan menyembah syaitan?
Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!”
[Yasin 36:60]

Hakikat syaitan sebagai musuh manusia diulangi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala beberapa kali di dalam al-Qur’an. Semuanya bagi memperingatkan kita tentang musuh yang nyata ini:

Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya;
dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan;
sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[al-Baqarah 2:208]

Permusuhan syaitan kepada kita, manusia, bukanlah sesuatu yang berlaku secara sekali sekala. Ia adalah sesuatu yang berterusan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَيْءٍ مِنْ شَأْنِهِ...

Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan…[1]



Thanks for reading


10 KELEBIHAN ORANG YANG MENJAGA SOLAT

10 KELEBIHAN ORANG YANG MENJAGA SOLAT
1. Diberi nur pada wajah.
2. Dikurniakan ALLAH SWT akal yg cerdas dan otak yang pintar.
3. Hati bercahaya & tenang jiwa.
4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah,
warahmah)
5. Di padang Masyhar tidak kepanasan malah sebaliknya
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH SWT
7.Doanya sering di kabulkan
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak (baik).
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga Allah.
10. Dipermudahkan meniti titian sirat.
(Al-Imam Ibnu Hajar Al- Asqalani)



Thanks for reading




Older Post